Saturday, March 17, 2012

[Diri & Hatiku Telah Dimiliki]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani ...
Tuhan Yang Mengusai segala kerajaan ...
Tuhan Yang Maha Mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi ...
Tuhan Yang Maha Mengetahui segala perkara ghaib dan nyata ... 
Tuhan Yang Memiliki segala kekuasaan ...
Tiada Tuhan Melainkan Allah S.W.T ...


Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pada ketika ini, aku telah selamat bergelar seorang suami kepada seorang isteri yang amat ku sayangi. Biarpun detik penuh bermakna itu telah berlangsung pada 7 hari yang lepas, namun saat-saat penuh debaran untuk sah menjadi seorang suami masih lagi ku rasakan hingga ke hari ini.




Aku amat-amat bersyukur kerana telah mendapat seorang isteri yang bukan sahaja baik budi pekerti, luhur budi bahasanya malah tidak keterlaluan jika aku katakan, sangat menawan dan cantik sekali. Aku sedar tanggungjawab aku telah bertambah saat aku menjawab qabul dari tuan jurunikah tempoh hari.

Buat isteriku yang ku kasihi, suamimu ini akan berusaha sedaya upayanya menjadi seorang suami yang mithali & bertanggungjawab kepada ahli keluarganya dengan keizinan dan barakah dari Allah s.w.t.

Ya Allah ya Tuhan kami, berkatilah hubungan kami suami isteri, panjangkanlah jodoh kami hingga ke syurgaMu dan kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang yang soleh serta solehah .... aminnn aminn aminn ya rabbal 'alaminn   

- Syifa'uddin
18/03/2012 : 1325
25 Rabiul Akhir 1433 H

1 comment:

  1. amin amin amin ya rabbal 'aalamin...sungguh terharu..& sgt2 merindu

    ReplyDelete