Wednesday, February 23, 2011

[Kalau haiwan pon ada laman sosial]

alau haiwan ada laman sosial, agak-agak beginilah ya komen2 haiwan tersebut kat STATUS yg mcm kowang selalu post tu…….

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…

Nyamuk : Baru habis ronda rumah… kenyang burp, Alhamdulillah...

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak I yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam: Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah digoreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak: Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak: malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

Ular: rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles...

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah...

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat *******. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong: Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

Kucing: update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kaklelamajnun...

Lipas: merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn... gerun tengok mmber
aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee... .

Itik sekati: hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2... .nk tiru aku le tu.. lol... .
Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam botol ni.

Ikan parang: Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku.

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?


Wakaka

Sunday, February 20, 2011

[Rawatan Kecemasan]

Seorang wanita menolong seorang mangsa kemalangan di tengah kerumunan orang ramai. Tiba-tiba seorangg lelaki menghampirinya dan berkata dengan kasar..."Puan ketepi! Biar saya yang buat... saya baru saja tamat kursus rawatan cemas!"

Wanita itu ke tepi dan melihat lelaki itu melakukan tugasnya... Jelas sekali yang lelaki itu belum begitu mahir... Lalu, dengan tenang wanita itu berkata :

"Kalau akhirnya saudara memerlukan seorang doktor, saya ada di sini."

Wakaka ...

Thursday, February 17, 2011

[How to determine whether a computer is running a 32-bit version or 64-bit version of the Windows operating system]

[for Windows XP]


If one does not work, try the other.


Method 1: View System Properties in Control Panel


   1. Click Start, and then click Run.
   2. Type sysdm.cpl, and then click OK.
   3. Click the General tab. The operating system is displayed as follows:
          * For a 64-bit version operating system: Windows XP Professional x64 Edition Version < Year> appears under System.
          * For a 32-bit version operating system: Windows XP Professional Version <Year> appears under System. 
      Note <Year> is a placeholder for a year.




Method 2: View System Information window


   1. Click Start, and then click Run.
   2. Type winmsd.exe, and then click OK.
   3. When System Summary is selected in the navigation pane, locate Processor under Item in the details pane. Note the value.
          * If the value that corresponds to Processor starts with x86, the computer is running a 32-bit version of Windows.
          * If the value that corresponds to Processor starts with ia64 or AMD64, the computer is running a 64-bit version of Windows.




Source : http://support.microsoft.com/kb/827218

[PL/SQL Developer got problem to log in]

[Error
PL/SQL Developer: plsqldev.exe - Entry Point Not Found


The procedure entry point snlinAddrLocalhost could not be located in the dynamic link library oranl10.dll


[Caused]
a) multiple oracle clients installed
b) ORACLE_HOME has been changed


e.g. :
current ORACLE_HOME for pl/sql developer is 
ORACLE_HOME=C:\DevSuiteHome_1


but, in the global env (windows platform), it has been set as =
ORACLE_HOME=C:\oracle\product\10.2.0\client_1 


[Solution] 
Cancel the log in process, you will enter pl/sql developer without log in as any user in any databases.


Now, go to Tools > Preferences


Oracle > Connection > Oracle Home (select same oracle client as what Windows environment have)


Then Click OK, close and open the pl/sql developer again.


You should have no problem to log in after that.

Tuesday, February 15, 2011

[Doa Minta Jodoh dan Keturunan yang Baik]

doa yang diamalkan oleh Nabi Zakaria A.S



Maksudnya :”Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.” (Surah Al-Anbiya’: ayat 89).




Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan." (Surah Al ‘Imran: ayat 38).


Penjelasan:
Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga baik sekali dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang soleh.

Kedua ayat diatas merupakan doanya Nabi Zakaria A.S. agar diberi keturunan sebagai penerus perjuangannya menegakkan agama Allah.

Kisah Nabi Zakaria boleh dilihat dalam Al-Our’an Surah Al-Anbiya’ ayat, 89-90; Al-Imran, 38-41.



Source : http://www.loveloveislam.com/2011/02/doa-minta-jodoh.html

Monday, February 14, 2011

[Kemarahan]

Sesuatu yang boleh kita renung2kan... 


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku..

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahanmu itu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kamu telah melakukannya dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut. Tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kamu boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal ...


Maafkan daku sekiranya aku pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati kalian.