Thursday, December 30, 2010

[PRAKTIKAL PSIKOLOGI]

Seorang gadis, hitam manis, duduk di sebuah restoran di sebuah hotel... ..

"Apa kabar dik?, boleh saya belanja anda minum?", tawar seorang lelaki muda yang  menghampirinya.

"Apa? masuk ke hotel?" teriak si gadis.

"Bukan, bukan. Jangan salah faham. Saya hanya offer nak belanja minuman... ... " jawab pemuda itu.

"Abang meminta saya menemanimu ke hotel?" teriak si gadis dengan sangat kuat hingga ramai pengunjung lain mendengar. Merasa ditolak, dengan perasaan malu, lelaki muda itu beringsut dan duduk di sudut ruangan. Semua orang di restoran menatap lelaki itu dengan sinis dan mencebik.

Beberapa minit kemudian, si gadis menghampiri si lelaki muda itu. "Maafkan saya bang. Saya sedang menyamar. Sebenarnya, saya adalah seorang mahasiswi psikologi yang sedang mempelajari tingkah laku manusia di situasi yang tidak dikehendakinya." gadis itu cuba menerangkan. Si laki-laki terdiam seketika ...

Lalu lelaki itu menjawab dengan kuat "Berapa? Lima ratus ringgit, yang putih melepak pun hanya Rm 100.00 je!!! ?"

Semua org dalam restoran itupun memandang gadis itu sambil menggelengkan kepala dan mencebik sana sini.

Kesimpulan :
- Tak baik membalas dendam.
- Jangan memalukan org lain walau apapun niatnya.


Wakaka

[Suami Yang Pelupa]

Seorang isteri menyuruh suaminyer yang terkenal dengan sikap pelupa pergi ke pasar untuk membeli barang dapur

Isteri: beli bawang sekilo, cili kering dua ringgit

Suami: setakat dua barang abang ingatlah


Sebaik saja enjin vespa dihidupkan si isteri pun ingat garam dah habis.

Isteri: eh abang garam dah habis

Suami: kalau dah tiga barang mesti abang dah lupa

Isteri: kalau macam tu baik abang tulis

Selesai mencatat barang yang hendak di beli sampai di pasar si suami terpinga-pinga. garu sana. garu sini tak pasal pasal rambut gugur. selain lupa apa barang yang di perlukan isterinya dia juga lupa bawa kertas catatannya tadi


Wakaka

[Bil Telefon]

Bil Telefon Melambung.. Salah Saper?  



Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang; 


Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja. 


Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja. 


Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga. 


Maid @ Bibik : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja, sama juga dengan saya!!!... .




Wakaka

[Kisah Seram]

Pd mlm itu, ibu bapa saya tiada di rumah. Saya tinggal di rumah seorng diri. Saya berasa sangat takut. 


Tiba2, saya terdengar ketukan di pintu. Saya sgt takut. Saya pun membuka pintu. Tiba2 saya terlihat seekor hantu. Hantu itu memandang saya. Saya sangat takut lalu menutup pintu. 


Slps itu, pintu diketuk lg. Saya lg takut. Saya pegi buka pintu. hantu td masih ada di situ. Hantu itu memandang saya. Saya sgt takut lalu menutup pintu. 


Slps itu, pintu diketuk lg. Saya sgt takut, lalu pergi membuka pintu. Hantu itu sgt takut. Saya pun menutup pintu kerana saya sgt takut. Slps itu, ibu bapa saya pun balik. Hantu itu sudah tiada lg. Sy sgt gembira. Hantu itu pun gembira... ... 


Tamat la cerita saya..




Wakaka

[Kurang Ajar]

Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.


"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji" kata hakim.


Dari belakang terdengar seseorang berteriak... "Kurang ajar!!!"


"Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!" bentak hakim.


Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan... 


"Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan
menggunakan pisau..!"


"Tak guna!!!" teriak pengunjung tadi.


"Tenang, bawak tenang!" teriak hakim dengan keras.


"Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakan
parang..!" kata hakim.


"Keparat!!!" jerit pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.


Dengan geram Hakim berkata,
"Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini.. saya akan
perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!"


"Maaf.. Yang Arif... " pengunjung tadi berkata... 
"Saya adalah jiran pesalah... sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, Pisau dan
parang... dia selalu cakap... tidak ada!"




Wakaka

Wednesday, December 29, 2010

[25 perkara tidak disukai suami. - It's funny.. but it's true]

BUAT PARA ISTERI DAN BAKAL ISTERI   25 Perkara yang tidak disukai suami  


1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun ianya benar 
i.e. "hubby I tu kan kan..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "  


2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. 
i.e. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita masak sardine jer ..ok tak "  


3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. 
i.e. "kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu.."  


4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca. 
i.e. "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan.."  


5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa- apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok " 
i.e. "eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu..kita dah potong simpan ... "  


6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. 
i.e. "bang.. semalam kita lupa beli garam,gula beras dan susu budak ... .boleh singgah tak mana mana ..pleaze "  


7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. 
i.e. "saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir ... kan lain tu"  


8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu 
i.e. "I dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik Minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "  


9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. 
i.e. "screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu I dah tertukar jadi gambar bunga ros... "  


10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber... ber... . 
i.e. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."  


11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. 
i.e. "malam nih I jemput Lina dan Anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "  


12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah.
i.e. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang .." 

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak  keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. 
i.e. " sorry la I tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul .."
  
14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. 
i.e. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."  


15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu.. 
i.e. "..eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."  


16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. 
i.e. ",,nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."  


17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. 
i.e. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih.."  


18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. 
i.e. "pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih.." 

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. 
i.e. " u tau tak kat opis tadi, I rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi u tak tak ... then today.. then tadi..u tau tak... semalam u nak tau... .bla bla bla bla."  


20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. 
i.e. " I dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah ... bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla... ini semua salah you "  


21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. 
i.e. " eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih... betina mana pulak awak nak nih... "  


22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain. 
i.e. "..eee u tau tak hubby I tu... "  


23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. 
i.e. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor... I dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore .." 

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. 
i.e. "..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak.."  DAN AKHIR SEKALI  


25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. 
i.e. "..you tidurlah dulu, I nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali... .." 

[Kita Bertanya, Al-Quran Menjawab!]

Kita selalu bertanya dan Al-Quran telah menjawabnya.


Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)


Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)


Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)


Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?
Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)


Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)


Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?
Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)


Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)


Kita berkata: Aku sedih!
Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)


Kita berkata: Aku tak tahan!
Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)


Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?
Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)

[Bersyukur kerana ...]

Bersyukur kepada isteri yang memasak untukku malam ini
Kerana ertinya…isteriku di rumah malam ini, tidak bersama orang lain


Bersyukur kepada suami yang sedang bermalas-malasan di atas sofa sambil melayan internet.
Kerana ertinya…dia tidak melepak di kedai kopi bersama kawan-kawan


Bersyukur untuk anakku yang selalu bising di rumah
Kerana ertinya…dia tidak melepak di luar bersama kawan-kawannya yang ntah sapa-sapa.


Bersyukur untuk baju aku yang mula rasa sempit
Kerana ertinya…aku lebih dari cukup makan


Bersyukur kerana bayang-bayang yang mengikuti aku
Kerana ertinya… aku masih merasakan kehangatan mentari…


Bersyukur kerana rumahku yang berselerak dan ada yang perlu diperbetulkan
Kerana ertinya…aku mempunyai rumah!


Bersyukur kerana mendapat tempat parking kereta yang paling jauh
Kerana ertinya…aku masih boleh berjalan dan aku mempunyai kereta!


Bersyukur kerana budak lelaki yang memekak bermain gitar dan menyanyi dengan sumbang
Kerana ertinya…aku masih mampu mendengar!


Bersyukur kerana perlu membasuh baju
Kerana ertinya…kita mempunyai baju untuk dipakai


Bersyukur kerana kepenatan kerja setiap hari
Kerana ertinya…aku mampu bekerja keras setiap hari..


Bersyukur kerana mendengar bunyi jam yang menggangu tidurku setiap pagi
Kerana ertinya…aku masih hidup!

[Pengertian HIDUP]

1. APA MAKNA HIDUP?
Maknanya suatu nikmat yang dikurniakan kepada hambaNya yg dengan nikmat tersebut dapat mengenali Tuhannya dan melihat kebesaran Tuhannya yang membawa kepada bersyukur kepada tuhan.


2. UNTUK APA HIDUP INI?
Tujuan hidup supaya manusia menjadi hamba yang mengabdikan dirinya kepada tuhan.


3. APA ERTI HIDUP?
Erti hidup ialah keadaan yang berlawanan dengan mati.


4. APA YANG DIHARAPKAN DARI HIDUP INI?
Keredhaan Allah s.w.t.


5. KE MANA SELEPAS HIDUP INI?
Ke alam barzakh.


6. DI MANAKAH NOKTAH PERJALANAN HIDUP INI?
Ke syurga atau ke neraka.

[Ciri-Ciri Pakaian Takwa]

Hatinya bersih daripada sebarang kedengkian, berdendam dan iri hati terhadap kejayaan orang lain.


Lidahnya berkata jujur, terpelihara daripada mencela, mengumpat dan seumpamanya.


Matanya dijauhkan daripada memandang yang dilarang oleh syariat.


Perutnya tidak diisi dengan makanan yang haram atau dari sumber yang haram.


Tangannya terpelihara daripada menjamah yang bukan haknya.


Kakinya tidak menginjak atau memijak tempat larangan.


Amalnya jauh daripada ingin mencari sanjungan dan pujian masyarakat. Segala susuatu yang
dilakukannya kerana patuh dan baktinya kepada Allah semata-mata.





[10 solat yang tidak diterima Allah]

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba’.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”





Source : http://www.loveloveislam.com/2010/12/10-solat-yang-tidak-diterima-allah.html