Tuesday, April 19, 2011

[Pantun : Kenapa Perlu Dedah-Dedah]

baju nipis nampak bayang,
peha gebu saja ditayang,
lebih baik tak pakai baju senang,
dah tentu boleh tunjuk terang-terang.

baju ketat seluar pulak sendat,
pakai tudung pula just ikat-ikat,
dari mula memang sangat bukan adat,
di sudut agama pun gaya tak berkat.

tudung jarang baju nipis,
pakai sikit boleh nampak ‘garis’,
mata orang terbeliak, kita membengis,
bila kena kutuk, kenapa menangis?

lengan pendek, blaus gantung,
jeans ketat melekat di punggung,
jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung,
agama tak penah suruh berbungkus macam pocong.

apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah?
kalau takat rambut orang kurang ghairah,
lain kalau peha gebu, atau ternampak lurah,
mata yang memandang boleh keluar darah.

kebaya ketat, kain terbelah,
ikat tudung pula macam tak sudah,
nak ikut suruhan agama memang tak mudah,
tapi Islam itu sebenarnya terlalu indah.

tutup aurat bukan suruh berselubung,
sampai tak nampak muka dan hidung,
yang faham tuntutan agama amat beruntung,
tak lah bersungut, mulut pun muncung.

dah kalau mula minat nak bertudung,
cubalah sesuaikan apa yang disarung,
kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’,
maknanya nafsu tu belum dapat dibendung.

bertudung itu bukan satu paksaan,
ianya lebih kepada keinsafan,
selalunya nafsu masih dikuasai hasutan syaitan,
itulah pasal trend fesyen yang bukan-bukan.

asal menutup aurat itu tuntutan,
kalau dianggap susah, tu sebab bosan,
punyalah hatinya sangat tak berkenan,
tu lah yang berjela-jela mencipta alasan.

menutup aurat satu syariat,
kepada agama kita taat,
hidup berkat, pahala berlipat-lipat,
di dunia kita selamat, akhirat nanti hebat.


Tuesday, April 5, 2011

[Arah Angin]

Sepasang suami isteri mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Oleh kerana tempoh pembelajaran memakan masa yang lama maka mereka sepakat untuk menjual harta yang ada termasuk sebuah rumah.

Lalu datang seorang lelaki yang agak berumur untuk melihat keadaan rumah. Setelah puas meninjau dalam dan luar rumah, lelaki itu bersetuju untuk membelinya.


Si suami tadi secara jujur menjelaskan tentang kedudukan rumah tersebut. Di sebelah barat terdapat sebuah loji kumbahan, di bahagian selatan ada kilang belacan dan di utara adalah tempat pembuangan sampah, jelas tuan rumah.


Kalau begitu apa keistimewaannya jika saya membeli rumah ini? Tanya lelaki itu kepada tuan rumah.


Salah satu keistimewaannya ialah, anda boleh mengetahui dari mana arah angin yang bertiup. jawabnya selamba ...


wakaka ... :D


source : http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=48198

[Kisah Tok Batin Yang Angkuh]

Seorang askar rejimen berjumpa dengan Tok Batin. Mereka mula bersembang pasal makanan, dari makanan kampung sampaila ke makanan western. Tok Batin tu tak mengaku kalah, tiap-tiap makanan yang diceritakan oleh askar tu semuanya dia dah try. 

Mula-mula cerita pasal KFC, "Tu shaya dah terai dah, shedap... .." 
Lepas tu cerita pasal Pizza Hut, "Tu shaya dah terai dah, shedap... .." 
Lepas tu Burger King, "Tu pun shaya dah terai dah, shedap... .." 

Pd masa ni, askar tu rasa Tok Batin ni nak temberangkan dia. Dia nak mengenakan Tok Batin tu pulak. 

Askar tu tanya, "Tok Batin pernah makan kari kepala ikan ?". "Tu pun shaya dah terai dah, shedap... .." 

Askar tu tanya lagi, "Tok Batin pernah makan kepala keretapi ?". "Tu pun shaya dah terai dah, shedap... ..