Saturday, February 25, 2012

[Zaman Bujangku Bakal Ke Penghujungnya]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ... 
Tuhan yang menguasai segala kerajaan ...
Tuhan yang mengetahui setiap perkara yang nyata dan tersembunyi ...
Tuhan yang memiliki segala kemuliaan ...

Syukur ke hadrat Ilahi, di atas segala nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan kepadaku. Dengan keizinan dariNya, hampir 29 tahun kehidupanku di atas muka bumi Allah s.w.t yang fana ini. Pelbagai pengalaman hidup telah Allah s.w.t pinjamkan kepadaku.

Ada yang gembira, duka, nestapa, marah, geram, benci dan sebagainya lagi. Tiadalah ia melainkan apa yang Allah izinkan untuk berlaku. Pada Allah jualah aku bergantung harap dan memohon pertolongan.

Dalam tempoh 2 minggu lagi, atau pada 10/03/2012 bersamaan 17 RabiulAkhir 1433H, aku bakal diijab kabulkan dengan seorang wanita, bakal isteriku. Aku bermohon pada Allah s.w.t. mudah-mudahan segalanya akan berjalan dengan lancar.

Aku berharap mahligai yang bakal dibina ini berkekalan hingga ke syurga, insyaAllah. Aku berharap juga, biarlah ia kekal terbina di atas dasar takwa kepada Allah s.w.t. Semoga segala-galanya keranaNya.

"Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah perancangan daku untuk mendirikan rumah tangga keranaMu Ya Allah, Engkau sejahterakanlah segala apa yang bakal kami hadapi bersama nanti, tiadalah dayaku melainkan apa Engkau telah tetapkan untuk berlaku, mudah-mudahan bertambah makmur dan berkatlah rezeki yang bakal mendatang, kukuhkanlah kasih-sayang di antara kami keranaMu Ya Allah ... Ya Rabbal 'Alaminnnn ... aminnnnn"
- hasanudin
25 Februari 2012 # 10:00 P.M.
03 Rabiul Akhir 1433H