Saturday, August 11, 2012

[Ciri-Ciri Alim-Ulama' menurut Imam Al-Ghazali R.A]

Bismillahirrahamnirrahim ...

#1 - Sentiasa tawaddu' dengan Ilmu yang dimilikinya (tidak sombong)
#2 - Tidak menuntut kemuliaan di sisi pemerintah dengan Ilmunya
#3 - Jika beliau tidak tahu akan sesuatu hukum, akan menjawab tidak tahu (amanah dengan Ilmu yang dimilikinya, bimbang2 jika tersalah)
#4 - Tidak menjadikan ilmunya sebagai suatu perdangangan
#5 - Tidak menjadikan ilmunya itu akan menjauhi dunia dan menjauhi orang2 fakir
#6 - Tawaddu' dengan orang2 fakir & suka berdamping dengan mereka
#7 - Sabar bila ditanya berulang2 kali soalan yang sama dalam suatu majlis ilmu (penanya sukar faham)
#8 - Mesti beramal dengan ilmunya
#9 - Jika wujud soalan/situasi yang akan menimbulkan pertikaian untuk dijawabnya, beliau akan meminta untuk merujuk kepada yang lebih aula (lebih arif)
#10 - Tidak akan bertengkar dan memperbodohkan orang lain (jika terdapat perbezaan pendapat)
#11 - Sentiasa mengajak orang lain mengingati Allah S.W.T
#12 - Sentiasa bersyukur kepada Allah S.W.T
#13 - Sentiasa berzikir kepada Allah S.W.T.
#14 - Hantinya sentiasa bermunajat dengan Allah S.W.T
#15 - Hanya bergantung kepada Allah S.W.T & tidak takut selain dari Allah S.W.T
#16 - Sentiasa beradap (bersopan santun) dengan Al-Quran dan As-Sunnah
#17 - Tidak berlumba2 dengan ahli dunia (dalam perkaran duniawi)
#18 - Berjalan di muka bumi dengan penuh tawaddu'
#19 - Hatinya sentiasa sibuk dalam mencari kefahaman dalam sesuatu ilmu
#20 - Sentiasa menyebut nama Allah
#21 - Lidahnya sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah S.W.T
#22 - Dahagakan ilmu pengetahuan
#23 - Tidak berkompromi dengan maksiat oleh pemerintah
#24 - Musuhnya Iblis
#25 - Mempunyai ciri2 kempimpinan

Kalau kita tidak dapat mempunyai semua ciri di atas, sekurang-kurangnya hendaklah ada juga beberapa ciri dalam diri kita.

Hendaklah kita cuba lahirkan seorang alim-ulama' dari kalangan anak-anak kita.

Wallahu 'alam ....


glosari
---------
Alim        - Seorang yang berilmu pengetahuan
Ulama'   - jama' bagi Alim (ramai alim)
Allamah - Betul-betul arif dan teliti dalam satu-satu hukum/disiplin Ilmu

Saturday, June 9, 2012

[Perkahwinan Itu Satu Ibadah]

Majlis Perkahwinan Pihak Pengantin Perempuan - 02/06/2012 (Kg Padang Midin)
Majlis Perkahwinan Pihak Pengantin Lelaki - 04/06/2012(Kg Felda Belara)

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah ^_^

Syukur kepada Allah S.w.T atas segala limpah rahmat, kurnia dan inayahNya kerana majlis perkahwinan kami berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah yang besar ... Selawat dan salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W...Mudah-mudahan majlis kami diberkati olehNya dan dikira sebagai suatu Ibadah ... aminnn

Jutaan terima kasih Man ucapkan kepada kedua ibu bapa, En Zakaria & Pn Embat kerana telah bertungkus lumus menjayakan majlis perkahwinan kami. Juga, jutaan terima kasih Abang ucapkan kepada adik-adikku; Aktar, Eda, Ezah, Emah, Ezo, Paih, Amir dan Sharif atas pengorbanan mereka untuk turut menjayakan majlis ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Isteri kesayangan abang, Puan Nursyafawati Binti Sidek, bapa mertua, En Sidek & mak mertua, Pn Zariah  kerana telah menjayakan majlis ini dari awal hingga akhir ^_^  

Tidak ketinggalan jutaan terima kasih diucapkan kepada keluarga mertua kerana turut bertungkus lumus untuk menjayakan majlis perkahwinan kami ini. Terima kasih juga kepada semua yang turut menjayakan majlis perkahwinan kami secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih, terima kasih dan terima kasih. Hanya Allah sahajalah yang boleh membalas jasa-jasa kalian semua. Doakan perkahwinan kami berkekalan hingga ke syurga Allah S.W.T ... insyaAllah, aminnnnn ^_^

Hantaran dari pihak Pengantin Lelaki 


Antara rombongan Pengantin Lelaki


Pasangan pengantin

Hantaran dari pihak Pengantin Perempuan

 


Ketibaan Para Pengantin pada Majlis Sambut Menantu 

Makan Beradap

 


Isteriku Sayang



Bersama Ahli Keluarga Baru

Saturday, March 17, 2012

[Diri & Hatiku Telah Dimiliki]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani ...
Tuhan Yang Mengusai segala kerajaan ...
Tuhan Yang Maha Mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi ...
Tuhan Yang Maha Mengetahui segala perkara ghaib dan nyata ... 
Tuhan Yang Memiliki segala kekuasaan ...
Tiada Tuhan Melainkan Allah S.W.T ...


Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pada ketika ini, aku telah selamat bergelar seorang suami kepada seorang isteri yang amat ku sayangi. Biarpun detik penuh bermakna itu telah berlangsung pada 7 hari yang lepas, namun saat-saat penuh debaran untuk sah menjadi seorang suami masih lagi ku rasakan hingga ke hari ini.




Aku amat-amat bersyukur kerana telah mendapat seorang isteri yang bukan sahaja baik budi pekerti, luhur budi bahasanya malah tidak keterlaluan jika aku katakan, sangat menawan dan cantik sekali. Aku sedar tanggungjawab aku telah bertambah saat aku menjawab qabul dari tuan jurunikah tempoh hari.

Buat isteriku yang ku kasihi, suamimu ini akan berusaha sedaya upayanya menjadi seorang suami yang mithali & bertanggungjawab kepada ahli keluarganya dengan keizinan dan barakah dari Allah s.w.t.

Ya Allah ya Tuhan kami, berkatilah hubungan kami suami isteri, panjangkanlah jodoh kami hingga ke syurgaMu dan kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang yang soleh serta solehah .... aminnn aminn aminn ya rabbal 'alaminn   

- Syifa'uddin
18/03/2012 : 1325
25 Rabiul Akhir 1433 H

Saturday, February 25, 2012

[Zaman Bujangku Bakal Ke Penghujungnya]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ... 
Tuhan yang menguasai segala kerajaan ...
Tuhan yang mengetahui setiap perkara yang nyata dan tersembunyi ...
Tuhan yang memiliki segala kemuliaan ...

Syukur ke hadrat Ilahi, di atas segala nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan kepadaku. Dengan keizinan dariNya, hampir 29 tahun kehidupanku di atas muka bumi Allah s.w.t yang fana ini. Pelbagai pengalaman hidup telah Allah s.w.t pinjamkan kepadaku.

Ada yang gembira, duka, nestapa, marah, geram, benci dan sebagainya lagi. Tiadalah ia melainkan apa yang Allah izinkan untuk berlaku. Pada Allah jualah aku bergantung harap dan memohon pertolongan.

Dalam tempoh 2 minggu lagi, atau pada 10/03/2012 bersamaan 17 RabiulAkhir 1433H, aku bakal diijab kabulkan dengan seorang wanita, bakal isteriku. Aku bermohon pada Allah s.w.t. mudah-mudahan segalanya akan berjalan dengan lancar.

Aku berharap mahligai yang bakal dibina ini berkekalan hingga ke syurga, insyaAllah. Aku berharap juga, biarlah ia kekal terbina di atas dasar takwa kepada Allah s.w.t. Semoga segala-galanya keranaNya.

"Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah perancangan daku untuk mendirikan rumah tangga keranaMu Ya Allah, Engkau sejahterakanlah segala apa yang bakal kami hadapi bersama nanti, tiadalah dayaku melainkan apa Engkau telah tetapkan untuk berlaku, mudah-mudahan bertambah makmur dan berkatlah rezeki yang bakal mendatang, kukuhkanlah kasih-sayang di antara kami keranaMu Ya Allah ... Ya Rabbal 'Alaminnnn ... aminnnnn"
- hasanudin
25 Februari 2012 # 10:00 P.M.
03 Rabiul Akhir 1433H

Tuesday, January 31, 2012

[Rahsia Hari Jumaat]

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh Allah pada hari Jumaat.

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid. Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"
Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan
Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga”

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma’uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 – 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.

Source : http://myibrah.com/rahsia-hari-jumaat