Sunday, November 24, 2013

[eMail dan Kerjaya]

Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di Microsoft. Pegawai di situ telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan "Anda diterima bekerja... berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan." Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email, wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja.
 
Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan beliau hanya memiliki USD 10. Lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur... Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja... Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.

Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di US... Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya... Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya... . Setelah bersetuju... Penjual insuran berkata.. "Minta email Puan... " "Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email" jawab wanita itu.

Penjual Insuran terkejut dan berkata "Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email." Wanita itu menjawab: "Jadi tukang Sapu di Microsoft"

[Kisah Seorang Lelaki Tidak Pernah Berselawat Kepada Rasulullah S.A.W.]

Selawat dulu..
اللهم صل علي محمد وعلي آل محمد وصحبه وسلم

Semoga Kita Mendapat Syafaat Di akhirat.. insyaAllah.. aamiin
Pada satu malam, dia bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w langsung tidak menoleh ke arahnya. Kemudian lelaki itu bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Tidak". Lelaki itu bertanya lagi, "Mengapa engkau tidak menoleh dan memandang kepadaku?"
 
Jawab Rasulullah s.a.w, "Kerana aku tidak mengenalimu." Lalu lelaki itu menambah, "Bagaimana engkau tidak mengenaliku, bukankah aku ini umatmu? Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu lebih daripada ayah ibunya."
 
Rasulullah s.a.w menjawab, "Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal pada umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku."

Kemudian lelaki itu terbangun dari mimpinya. Lalu dia mewajibkan dirinya dengan membaca selawat 100 kali sehari. Maka beberapa hari kemudian pemuda tadi bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w berkata, "Sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau."


– Imam al-Ghazali (Mukashafah al-Qulub)

[Pelanggan camni pon ada ...]

Sesorang lelaki membawa beg bagasi sedang menunggu teksi ..kemudian teksi pun smpi ..

Lelaki : Teksi !

lalu teksi berhenti ..

Pemandu teksi : ada apa yang boleh saya bantu encik ?
Lelaki : nak tanya ..kalau pakcik hantar saya ke airport ..berapa tambang ?
Pemandu teksi : ouh ..20 ringgit je,encik ..
Lelaki : saya bawa beg bagasi ..kena bayar jugak ke ?
Pemandu teksi : yang beg bagasi tu tak kena kire ..penumpang je ..
Lelaki : kalau begitu , encik bawa beg bagasi saya iye ..saya naik bas
Pemandu teksi : #%$#*& (lalu meninggalkan lelaki itu)

:D