Para saintis telah mempelajari tentang jenis-jenis awan dan yakin bahawa awan hujan terbentuk dari sistem yang tertentu .
Salah satu jenis awan hujan adalah awan cumulonimbus bercampur dengan   hujan angin ribut disertai petir dan gemuruh. Para ahli meteorologi   telah mempelajari bagaimana awan cumulonimbus terbentuk dan bagaimana   awan itu menghasilkan hujan, hujan batu, dan petir kilat. Para ahli   meteorologi juga mendapati langkah-langkah yang terbentuknya awan   cumulonimbus dalam menghasilkan hujan sebagai berikut
1. Awan ditiup angin
Awan cumulonimbus mula terbentuk ketika angin meniup sebahagian kecil   awan cumulus ke sebuah kawasan di mana awan-awan ini berkumpul.
2.Bergabung
Awan kecil bergabung bersama membentuk awan besar.
3. Penumpukan
Ketika awan-awan kecil bergabung, udara yang bergerak ke atas di  dalam  awan yang besar meningkat. Udara yang bergerak ke atas berhampiran   dengan pusat awan lebih kuat berbanding dengan yang di tepi. Udara yang   bergerak ke atas ini menyebabkan saiz awan tumbuh secara menegak,   sehingga awan menunggu di udara. Pertumbuhan menegak ini menyebabkan   saiz awan menjadi bahagian yang lebih sejuk di atmosfera di mana titisan   air dan hujan ais terkumpul dan mula berkembang melebar. Ketika  titisan  air dan hujan ais ini menjadi sangat ringan sehingga udara yang   bergerak ke atas menyokong mereka, dengan demikian mereka mulai turun   dari awan menjadi hujan, hujan batu, dan lain-lain.
“Tidaklah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bahagian-bahagian) nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya…” (An-Nur: 43)
Akhir-akhir ini, ahli meteorologi mengetahui pembentukan, struktur,  dan  fungsi awan secara detail dengan menggunakan peralatan canggih  seperti  kapal terbang, satelit, komputer, belon, dan mempelajari angin  dan  petunjuknya untuk ukuran kelembapan dan variasinya dan untuk  menentukan  tingkatan dan variasi tekanan atmosfera.
Ayat yang terdahulu selepas menyebutkan awan dan hujan, sebelum bercerita tentang hujan ais dan petir.
“…. Dan Allah (juga) menurunkan (butiran- butiran) ais dari langit (iaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung maka ditimpakannya (butiran-butiran) ais itu kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya dan dipalingkanNya dari siapa yang dikehendakiNya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. “(An-Nur: 43)
Para ahli meteorologi telah menyatakan awan cumulonimbus ini boleh   mencapai ketinggian 25,000 hingga 30,000 kaki (4.7 sehingga 5.7 batu)   seperti gunung, sebagaimana telah tersebut di dalam al-Quran:
“… Dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit.. ..” (An-Nur: 43)
Ayat ini mungkin menimbulkan sebuah pertanyaan mengapa ayat ini   menyebutkan ‘petir ‘dalam rujukan hujan ais? Apakah hal ini bererti   hujan air batu adalah faktor majoriti dalam menghasilkan petir? Mari   kita lihat buku yang berjudul “Meteorology Today” juga menyebutkan   tentang perkara ini . Arahan itu menyebutkan bahawa awan menghasilkan   hujan air batu melalui bahagian titisan awan yang paling sejuk dan   kristal ais. Sebagai titisan cair yang bertembung dengan hujan batu,   mereka membeku yang berkaitan dan melepaskan panas yang terpendam. Dia   menjaga permukaan hujan ais lebih hangat daripada sekeliling kristal ais   .
Ketika hujan ais berkaitan dengan kristal ais, maka terjadilah  fenomena  yang penting. Aliran elektron dari objek yang lebih dingin  menuju  objek yang lebih panas. Oleh kerana itu, hujan batu menjadi  beraliran  negatif Kesan yang sama berlaku ketika titisan yang paling  sejuk  berkaitan dengan sebongkah hujan ais dan pecahan ais kecil yang   beraliran positif geretan zarah beraliran positif ini kemudian dibawa ke   bahagian atas awan oleh udara yang bergerak ke atas. Hujan ais yang   beraliran negatif turun ke dasar awan, dengan demikian bahagian awan   yang paling rendah beraliran negatif. Aliran negatif ini kemudian turun   ke tanah menjadi petir. Kami menyimpulkan bahawa hujan ais ini kerana   faktor hasil dari petir.
Maklumat tentang petir akhir-akhir ini ditemui. Sehingga tahun 1600   Masihi, idea Aristotle tentang meteorologi sangat dominan. Sebagai   contoh, dia menyatakan bahawa atmosfera mengandungi dua jenis pernafasan   keluar, basah dan kering. Dia juga mengatakan bahawa guruh adalah  suara  tumbukan dari pernafasan keluar yang kering dengan sekitar awan  dan  petir adalah terbakarnya pernafasan keluar yang kering dengan api  yang  kecil dan redup. Inilah beberapa idea tentang meteorologi yang  dominan  sedabgkan al-Quran turun pada 14 abad yang lalu.
Source : http://www.loveloveislam.com/2011/01/awan-bukti-kebenaran-al-quran.html
 
 
No comments:
Post a Comment