Showing posts with label Lain-lain. Show all posts
Showing posts with label Lain-lain. Show all posts

Monday, November 10, 2014

WOW Tune Talk Tone Excel (TTTE) - Sim Kad Ajaib

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Berikut ialah flyers/handouts yang berkaitan dengan sim kad ajaib ini :






 

 

Sunday, November 24, 2013

[Pelanggan camni pon ada ...]

Sesorang lelaki membawa beg bagasi sedang menunggu teksi ..kemudian teksi pun smpi ..

Lelaki : Teksi !

lalu teksi berhenti ..

Pemandu teksi : ada apa yang boleh saya bantu encik ?
Lelaki : nak tanya ..kalau pakcik hantar saya ke airport ..berapa tambang ?
Pemandu teksi : ouh ..20 ringgit je,encik ..
Lelaki : saya bawa beg bagasi ..kena bayar jugak ke ?
Pemandu teksi : yang beg bagasi tu tak kena kire ..penumpang je ..
Lelaki : kalau begitu , encik bawa beg bagasi saya iye ..saya naik bas
Pemandu teksi : #%$#*& (lalu meninggalkan lelaki itu)

:D

Saturday, August 11, 2012

[Ciri-Ciri Alim-Ulama' menurut Imam Al-Ghazali R.A]

Bismillahirrahamnirrahim ...

#1 - Sentiasa tawaddu' dengan Ilmu yang dimilikinya (tidak sombong)
#2 - Tidak menuntut kemuliaan di sisi pemerintah dengan Ilmunya
#3 - Jika beliau tidak tahu akan sesuatu hukum, akan menjawab tidak tahu (amanah dengan Ilmu yang dimilikinya, bimbang2 jika tersalah)
#4 - Tidak menjadikan ilmunya sebagai suatu perdangangan
#5 - Tidak menjadikan ilmunya itu akan menjauhi dunia dan menjauhi orang2 fakir
#6 - Tawaddu' dengan orang2 fakir & suka berdamping dengan mereka
#7 - Sabar bila ditanya berulang2 kali soalan yang sama dalam suatu majlis ilmu (penanya sukar faham)
#8 - Mesti beramal dengan ilmunya
#9 - Jika wujud soalan/situasi yang akan menimbulkan pertikaian untuk dijawabnya, beliau akan meminta untuk merujuk kepada yang lebih aula (lebih arif)
#10 - Tidak akan bertengkar dan memperbodohkan orang lain (jika terdapat perbezaan pendapat)
#11 - Sentiasa mengajak orang lain mengingati Allah S.W.T
#12 - Sentiasa bersyukur kepada Allah S.W.T
#13 - Sentiasa berzikir kepada Allah S.W.T.
#14 - Hantinya sentiasa bermunajat dengan Allah S.W.T
#15 - Hanya bergantung kepada Allah S.W.T & tidak takut selain dari Allah S.W.T
#16 - Sentiasa beradap (bersopan santun) dengan Al-Quran dan As-Sunnah
#17 - Tidak berlumba2 dengan ahli dunia (dalam perkaran duniawi)
#18 - Berjalan di muka bumi dengan penuh tawaddu'
#19 - Hatinya sentiasa sibuk dalam mencari kefahaman dalam sesuatu ilmu
#20 - Sentiasa menyebut nama Allah
#21 - Lidahnya sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah S.W.T
#22 - Dahagakan ilmu pengetahuan
#23 - Tidak berkompromi dengan maksiat oleh pemerintah
#24 - Musuhnya Iblis
#25 - Mempunyai ciri2 kempimpinan

Kalau kita tidak dapat mempunyai semua ciri di atas, sekurang-kurangnya hendaklah ada juga beberapa ciri dalam diri kita.

Hendaklah kita cuba lahirkan seorang alim-ulama' dari kalangan anak-anak kita.

Wallahu 'alam ....


glosari
---------
Alim        - Seorang yang berilmu pengetahuan
Ulama'   - jama' bagi Alim (ramai alim)
Allamah - Betul-betul arif dan teliti dalam satu-satu hukum/disiplin Ilmu

Saturday, June 9, 2012

[Perkahwinan Itu Satu Ibadah]

Majlis Perkahwinan Pihak Pengantin Perempuan - 02/06/2012 (Kg Padang Midin)
Majlis Perkahwinan Pihak Pengantin Lelaki - 04/06/2012(Kg Felda Belara)

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah ^_^

Syukur kepada Allah S.w.T atas segala limpah rahmat, kurnia dan inayahNya kerana majlis perkahwinan kami berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah yang besar ... Selawat dan salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W...Mudah-mudahan majlis kami diberkati olehNya dan dikira sebagai suatu Ibadah ... aminnn

Jutaan terima kasih Man ucapkan kepada kedua ibu bapa, En Zakaria & Pn Embat kerana telah bertungkus lumus menjayakan majlis perkahwinan kami. Juga, jutaan terima kasih Abang ucapkan kepada adik-adikku; Aktar, Eda, Ezah, Emah, Ezo, Paih, Amir dan Sharif atas pengorbanan mereka untuk turut menjayakan majlis ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Isteri kesayangan abang, Puan Nursyafawati Binti Sidek, bapa mertua, En Sidek & mak mertua, Pn Zariah  kerana telah menjayakan majlis ini dari awal hingga akhir ^_^  

Tidak ketinggalan jutaan terima kasih diucapkan kepada keluarga mertua kerana turut bertungkus lumus untuk menjayakan majlis perkahwinan kami ini. Terima kasih juga kepada semua yang turut menjayakan majlis perkahwinan kami secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih, terima kasih dan terima kasih. Hanya Allah sahajalah yang boleh membalas jasa-jasa kalian semua. Doakan perkahwinan kami berkekalan hingga ke syurga Allah S.W.T ... insyaAllah, aminnnnn ^_^

Hantaran dari pihak Pengantin Lelaki 


Antara rombongan Pengantin Lelaki


Pasangan pengantin

Hantaran dari pihak Pengantin Perempuan

 


Ketibaan Para Pengantin pada Majlis Sambut Menantu 

Makan Beradap

 


Isteriku Sayang



Bersama Ahli Keluarga Baru

Saturday, March 17, 2012

[Diri & Hatiku Telah Dimiliki]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani ...
Tuhan Yang Mengusai segala kerajaan ...
Tuhan Yang Maha Mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi ...
Tuhan Yang Maha Mengetahui segala perkara ghaib dan nyata ... 
Tuhan Yang Memiliki segala kekuasaan ...
Tiada Tuhan Melainkan Allah S.W.T ...


Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pada ketika ini, aku telah selamat bergelar seorang suami kepada seorang isteri yang amat ku sayangi. Biarpun detik penuh bermakna itu telah berlangsung pada 7 hari yang lepas, namun saat-saat penuh debaran untuk sah menjadi seorang suami masih lagi ku rasakan hingga ke hari ini.




Aku amat-amat bersyukur kerana telah mendapat seorang isteri yang bukan sahaja baik budi pekerti, luhur budi bahasanya malah tidak keterlaluan jika aku katakan, sangat menawan dan cantik sekali. Aku sedar tanggungjawab aku telah bertambah saat aku menjawab qabul dari tuan jurunikah tempoh hari.

Buat isteriku yang ku kasihi, suamimu ini akan berusaha sedaya upayanya menjadi seorang suami yang mithali & bertanggungjawab kepada ahli keluarganya dengan keizinan dan barakah dari Allah s.w.t.

Ya Allah ya Tuhan kami, berkatilah hubungan kami suami isteri, panjangkanlah jodoh kami hingga ke syurgaMu dan kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang yang soleh serta solehah .... aminnn aminn aminn ya rabbal 'alaminn   

- Syifa'uddin
18/03/2012 : 1325
25 Rabiul Akhir 1433 H

Saturday, February 25, 2012

[Zaman Bujangku Bakal Ke Penghujungnya]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ... 
Tuhan yang menguasai segala kerajaan ...
Tuhan yang mengetahui setiap perkara yang nyata dan tersembunyi ...
Tuhan yang memiliki segala kemuliaan ...

Syukur ke hadrat Ilahi, di atas segala nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan kepadaku. Dengan keizinan dariNya, hampir 29 tahun kehidupanku di atas muka bumi Allah s.w.t yang fana ini. Pelbagai pengalaman hidup telah Allah s.w.t pinjamkan kepadaku.

Ada yang gembira, duka, nestapa, marah, geram, benci dan sebagainya lagi. Tiadalah ia melainkan apa yang Allah izinkan untuk berlaku. Pada Allah jualah aku bergantung harap dan memohon pertolongan.

Dalam tempoh 2 minggu lagi, atau pada 10/03/2012 bersamaan 17 RabiulAkhir 1433H, aku bakal diijab kabulkan dengan seorang wanita, bakal isteriku. Aku bermohon pada Allah s.w.t. mudah-mudahan segalanya akan berjalan dengan lancar.

Aku berharap mahligai yang bakal dibina ini berkekalan hingga ke syurga, insyaAllah. Aku berharap juga, biarlah ia kekal terbina di atas dasar takwa kepada Allah s.w.t. Semoga segala-galanya keranaNya.

"Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah perancangan daku untuk mendirikan rumah tangga keranaMu Ya Allah, Engkau sejahterakanlah segala apa yang bakal kami hadapi bersama nanti, tiadalah dayaku melainkan apa Engkau telah tetapkan untuk berlaku, mudah-mudahan bertambah makmur dan berkatlah rezeki yang bakal mendatang, kukuhkanlah kasih-sayang di antara kami keranaMu Ya Allah ... Ya Rabbal 'Alaminnnn ... aminnnnn"
- hasanudin
25 Februari 2012 # 10:00 P.M.
03 Rabiul Akhir 1433H

Tuesday, January 31, 2012

[Rahsia Hari Jumaat]

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh Allah pada hari Jumaat.

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid. Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"
Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan
Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga”

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma’uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 – 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.

Source : http://myibrah.com/rahsia-hari-jumaat

Monday, December 12, 2011

[Ciri-ciri Isteri Solehah]

* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.


* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.

Source : http://www.loveloveislam.com/2011/12/ciri-ciri-isteri-solehah.html

Friday, September 16, 2011

[Cara Memikat Wanita Mengikut Sunnah]

1. menyatakan hasrat melalui keluarga wanita, misalnya ayah si gadis itu. Cth: Nabi saw menyatakan hasrat hatinya kepada Aisyah melalui Abu Bakar dan Hafshah melalui ayahnya Umar al-Khattab (bukhari dan Muslim) Fiqh: apabila kita sudah ada hubungan yang kuat dgn ayah dan ayah si gadis telah mengenali si fulan, maka mudahlah anda menyalurkan hasrat hati anda.

2. boleh secara langsung menyatakan hasrat hati kepada gadis juga boleh melalui perantara. Misalnya Nabi saw meminang Ummu Salamah secara terus melalui wakilnya Hathib bin Abi Balta’ah (muslim 1525). Imam Nasa’iy melapurkan Abu Talhah melamar Ummu Sulaim secara langsung tanpa perantaraan. Ini cara gentleman, terus menyatakan hasrat suci kepada gadis itu. (sahih anNasa’iy 3133).

3. Memikat wanita melalui pengaruh tokoh masyarakat. Imam Bukhari-Muslim melapurkan dari Sahl bin Sa’ad, bahawa ada sahabat yang menggunakan kedudukan RasuluLlah saw untuk masuk memikat hati perempuan. Bukhari 4642. Lalu Rasulullah mengirim arahan bahawa lelaki itu mendapat restu baginda untuk meminang wanita tersebut.

4. menggunakan bahasa sindiran kepada gadis idaman. Dalilnya: AQ 2:235 (dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita2 itu dengan sindiran). Kaum salaf menggunakan pelbagai teknik samada dari segi lisan dan perbuatan utk menyatakan hajatnya kepada wanita idaman. ada yg mengirim salam dan ada yang mengutus hadiah dan ada yang menyindir dengan kata-kata simbolik (ahkamul Qur:an oleh Ibnul Arabi (1/212-213).

Begitulah antara cara memikat si dia menurut asSunnah. selamat mencuba.

Sekian ... 

Thursday, September 8, 2011

[Zikraa - Tafakur]

Hayati melodi & bait-bait di dalam nasyid ini ...  insafilah diri kita yg hina ....



Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

(chorus)
Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

(chorus)
Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

(chorus)
Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

(chorus)
Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

(chorus)
Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

(chorus)
Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya padamu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...

Lagu        : Kamal Halim
Lirik         : Nawawi Ibrahim
Solo        : Amaluddin
Hakcipta : Marzuq Prod.

[In Team - Nur Kasih]

Nasyid yg sangat best ...




Bagaikan permata di celahan kaca
Kedipnya sukar untuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur Kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan ketepaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram Nur Kasih

Ya Allah…
Kurniakanlah kami
Isteri dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syuga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disirami Nur Kasih

Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya…



Lagu        : Putra Aiman (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik         : ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Tuesday, August 9, 2011

Tuesday, June 14, 2011

[Negeri Dunia dan Negeri Akhirat]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ...

Dengan sedikit ilmu yg sy perolehi dr seorang ustaz, izinkanlah sy berkongsi dgn saudara-saudari sekalian :

Kita hidup di atas dunia ini hanya utk sementara sahaja. Dunia ini adalah sebagai persinggahan menuju akhirat. Sampai masanya nanti kita akan kembali kepada pencipta kita untuk diadili. Firman Allah s.w.t. :


A035

"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan." (Al-Anbiyaa' 21:35) 

Kita tidak boleh meninggalkan apa yg sepatutnya kita cari di dunia ini semata-mata hendak mengejar akhirat. Firman Allah s.w.t. :


A077



"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan". (Al-Qasas 28:77)


Sebenarnya setiap insan itu matinya 2 kali dan hidupnya 2 kali juga;

Mati kali pertama -> sebelum diciptakan dari benih ibu + bapa 

Hidup kali pertama -> (kehidupan di dunia, jasad + roh)  

Mati kali ke-2 -> (jasadnya tidak lagi bernyawa, rohnya ditempatkan di alam barzakh sementara menunggu hari kiamat)  

Hidup kali ke-2 -> (hidup selama-lamanya sama ada di syurga atau di neraka, selepas perhitungan di padang masyhar bergantung kepada amalannya semasa di dunia dahulu dan dengan rahmat Allah s.w.t)


Ungkapan yang biasa kita dengar "hidup hanyalah sekali", adalah rekaan musuh-musuh Islam untuk melihat penganut-penganut Islam terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Ketahuilah Syurga itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang dibenci oleh nafsu, manakala Neraka pula dikelilingi dengan perkara-perkara yang disukai oleh nafsu, yang melalaikan, yang menyeronokkan, yang membuatkan kita lupa kepada Allah s.w.t.

Inilah yang dikehendaki oleh musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi & Nasrani. Firman Allah s.w.t. : 

A120
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu." (Al-Baqarah 2:120)


Sekian dulu utk kali ini, andai kata ada lg ilmu yang boleh dikongsikan, akan saya nukilkan di kesempatan yg lain. Setiap yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t., yang kurang elok itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri ...

Wassalam ...

Tuesday, April 19, 2011

[Pantun : Kenapa Perlu Dedah-Dedah]

baju nipis nampak bayang,
peha gebu saja ditayang,
lebih baik tak pakai baju senang,
dah tentu boleh tunjuk terang-terang.

baju ketat seluar pulak sendat,
pakai tudung pula just ikat-ikat,
dari mula memang sangat bukan adat,
di sudut agama pun gaya tak berkat.

tudung jarang baju nipis,
pakai sikit boleh nampak ‘garis’,
mata orang terbeliak, kita membengis,
bila kena kutuk, kenapa menangis?

lengan pendek, blaus gantung,
jeans ketat melekat di punggung,
jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung,
agama tak penah suruh berbungkus macam pocong.

apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah?
kalau takat rambut orang kurang ghairah,
lain kalau peha gebu, atau ternampak lurah,
mata yang memandang boleh keluar darah.

kebaya ketat, kain terbelah,
ikat tudung pula macam tak sudah,
nak ikut suruhan agama memang tak mudah,
tapi Islam itu sebenarnya terlalu indah.

tutup aurat bukan suruh berselubung,
sampai tak nampak muka dan hidung,
yang faham tuntutan agama amat beruntung,
tak lah bersungut, mulut pun muncung.

dah kalau mula minat nak bertudung,
cubalah sesuaikan apa yang disarung,
kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’,
maknanya nafsu tu belum dapat dibendung.

bertudung itu bukan satu paksaan,
ianya lebih kepada keinsafan,
selalunya nafsu masih dikuasai hasutan syaitan,
itulah pasal trend fesyen yang bukan-bukan.

asal menutup aurat itu tuntutan,
kalau dianggap susah, tu sebab bosan,
punyalah hatinya sangat tak berkenan,
tu lah yang berjela-jela mencipta alasan.

menutup aurat satu syariat,
kepada agama kita taat,
hidup berkat, pahala berlipat-lipat,
di dunia kita selamat, akhirat nanti hebat.


Monday, March 28, 2011

[13 Things About You]

1  - Someone in this world loves you, in some way. 
2  - A smile from you, can bring happiness to anyone, even if they don't like you. 
3  - Every night, SOMEONE thinks about you before they go to sleep. 
4  - You mean the world to someone. 
5  - Without you, someone may not be living. 
6  - You are special and unique, in your own way. 
7  - Someone that you don't know even exists, loves you. 
8  - When you make the biggest mistake ever, something good comes from it. 
9  - When you think the world has turned it's back on you, take a look, you most likely turned your back on the world. 
10 - When you think have no chance at getting what you want, you probably won't get it, but if you believe in yourself, you probably sooner or later will get it. 
11 - Always remember complements you received, forget about the rude remarks. 
12 - Always tell someone how you feel about them, you will feel much better when they know. 
13 - If you have a friend, take the time to let them know that they are great. If you choose, send these to as many people as you care about, you'll brighten up someone's day, and might change their perspective on life, for the better! 

[Kesembuhan Itu Milik Allah ]

Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah. Kata-kata yang telah dijadikan perangsang bagi memotivasikan diri sendiri dan insan lain yang sedang sakit dalam menghadapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Begitulah antara ujian kecil berupa penyakit yang dihidapi oleh kebanyakan insan yang telah dipilih oleh Allah sebagai bukti kasih sayang-Nya, kafarah dosa dari-Nya, dan peningkatan darjat hambaNya.

Sesungguhnya penyakit yang diturunkan oleh Allah ini banyak menguji ketahanan fizikal dan mental, kerana tempoh  tersebut merupakan titik tolak ke arah kesedaran bahawa kematian akan mengejar kita bila-bila masa sama ada bersedia atau tidak.

"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." [al-Nisaa' 4:78]

Mengingati saat menziarahi jenazah suami kepada seorang sahabat yang meninggal dunia secara tiba-tiba tahun lepas telah banyak mengubah paradigma tentang kematian itu sendiri. Sama ada kita bersedia atau tidak, bertaubat atau belum bertaubat, ajal itu pasti akan datang, cuma waktu dan ketikanya sahaja tidak diketahui. Cuma persoalannya, adakah kita telah bersedia dengan bekalan-bekalan yang disediakan? Adakah cukup bekalan yang disediakan? Bagaimanakah keadaan kita semasa dalam alam kubur? Bernasib baik atau sebaliknya?

Hal ini sedikit sebanyak telah menghantui diri sendiri sehingga telah mewujudkan suatu ketakutan yang luar biasa dalam diri. Hal ini ditambah pula dengan penyakit yang dialami yang masih tidak sembuh-sembuh, telah meningkatkan lagi tahap ketakutan dan pada masa yang sama telah mewujudkan satu situasi yang tegang dalam emosi, fikiran serta memberi tekanan kepada diri sendiri.

Namun begitu, ketahanan mental dan fizikal berteraskan ayat-ayat Allah telah berjaya mengatasi masalah tekanan tersebut sehingga dapat kembali mewujudkan satu senario yang aman dan tenang hingga kembali semula kepada keadaan asal. Mengingati mati dapat melembutkan hati, tetapi apabila mengingati kematian itu secara negatif, hal ini akan dapat memberikan kesan negatif kepada diri sendiri.

Apabila kita bergantung sepenuhnya kepada Allah, menyerahkan segala-segalanya kepada Dia, berdoa bersungguh-sungguhnya kepada-Nya, Sesungguhnya Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, akan mengabulkan dan memperkenankan doa kita. Berusaha, berdoa,berserah, bertawakal itulah tanda pergantungan seorang hamba kepada Tuhannya.

"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah, 2:153]

Segala masalah penyakit, rujuklah kepada Allah. Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan juga tidak berlaku dengan izin Allah. Kita perlu berikhtiar, berusaha dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah tangguhkan tetapi semuanya perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas.

Kuasa penyembuhan semuanya dari Allah. Kita sebagai hamba-Nya perlu redha dengan apa yang ditetapkan kerana setiap apa yang diturunkan kepada kita adalah ujian, sama ada kita dapat redha menerima atau tidak, semuanya untuk meningkatkan darjat kita di samping membersihkan dosa-dosa yang dilakukan.

Tidakkah semua ini adalah rezeki dari Allah, dimana Dia sering memberi perhatian kepada kita, tidakkah ini akan membuatkan kita sentiasa ingat pada-Nya? Anggaplah suatu penyakit itu sesuatu yang positif kerana jika kita redha dengan suatu ujian, Allah akan melipat gandakan pahala kita.Semoga anda semua cepat sembuh begitu juga diriku ini.

Adalah diharapkan artikel ini dapat membawa manfaat kepada semua dan marilah kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Kelalaian dan kelekaan terhadap duniawi pasti mewujudkan satu jurang yang besar dalam diri kita sendiri dengan Allah.Semoga artikel ini akan menjadi saksi bagi diriku di akhirat kelak sebagai salah satu medium untuk berdakwah kepada pembaca semua.

Redhalah dengan ujian yang kecil ini kerana ujian itu adalah hadiah dan cinta dari Allah. Bersabarlah dengan penyakit yang menimpa ini dan yakin akan sembuh kerana sesungguhnya kesembuhan itu milik-Nya, tiada apa yang kita cari melainkan dalam kembara hidup ini selain memburu cinta dan rindu-Nya.

Ungkapan syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana penyakit yang ditimpakan kepada diriku tidaklah sehebat penyakit kritikal yang dihidapi oleh insan lain, walaupun kecil, penyakit ini tetap memberi kesan yang kuat terhadap sistem ketahanan fizikal disamping memberi tekanan yang hebat terhadap mentalku. Aku bersyukur aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udaranya yang segar ini. Berusaha, berdoa dan bertawakal itulah kekuatan sebenarnya dalam penyembuhan penyakit ini. Yakin dan positiflah dengan ujian penyakit yang diturunkan kepada kita.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [Al-Ankabut, 29:2-3]

Akhir kata, jadikan ayat-ayat Allah sebagai peransang dalam meningkatkan motivasi dalaman kita dalam membentuk keperibadian soleh dan solehah.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Al-Imran, 3:139]

Sesungguhnya Dialah yang mencipta perasaan cinta dan rindu itu. Semoga Dia yang sangat kita cintai dan kita rindui akan tetap terpahat kukuh dalam jiwa dan sanubari kita. Wallahua'lam.


Source : http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1227-kesembuhan-itu-milik-allah.html

Thursday, March 17, 2011

[4 Petua Tangani Rasa Bosan]

Apakah anda rasa bosan? Rasa bosan  timbul apabila anda jemu menghadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa bosan timbul apabila anda tiada apa yang dibuat, tak ada apa hendak dilakukan ketika masa terluang. Awas! Bosan adalah petanda besar anda orang yang tidak ada matlamat.

Tips motivasi kali ni, berikut adalah 4 petua bagaimana mengelak rasa bosan.

1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi.
Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika anda tiada apa hendak dilakukan, fikirkan sesuatu yang anda rasa seronok melakukannya supaya tidak sedar masa berlalu. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa bosan cari sesuatu disekeliling yang boleh anda lakukan.

2. Jadi Workaholic
Orang workaholic adalah orang yang suka bekerja, asyik dengan kerja hingga tak sedar masa berlalu. Kerja bukan kerja bagi dirinya tapi satu hobi. Perasaan enjoy bekerja ni akan hadir apabila nda menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja.Untuk mengelak rasa bosan, anda boleh bentuk diri anda menjadi seorang workaholic – sentiasa ada saja yang perlu dibuat, ada saja yang perlu disiapkan, ada saja yang perlu disempurnakan. Awas! Sikap workaholic tak sesuai untuk orang suddah berkawin. Jika anda seorang suami, nanti isteri anda saman anda sebab tak balik-balik rumah dek terlalu layan kerja. Jika anda seorang isteri, nanti suami anda makan maggi setiap hari.

3. Set Matlamat, Azam, Cita-cita dan Impian. Selepas itu Berusahalah Mencapainya!
Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Set satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. selepas tu berusalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Fikir, fikir, fikir, selepas itu buat. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam! Lama-kelamaan anda akan perasan anda dapat mengelak rasa bosan sebab anda sudah tidak ada masa untuk merasa bosan. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita anda.

4. Rajinkan Diri Beribadah.
Ini pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa bosan dari perspektif Islam. Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntutan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti anda terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan anda macam tak mahu berhenti.


Source : http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1645-4-petua-tangani-bosan.html

[10 Langkah Mewujudkan Keyakinan Diri]

Kadang kala, kita sebagai manusia selalu merasa kurang yakin dengan diri kita. Apatah lagi bila berhadapan dengan kelompok manusia yang kita rasakan masih terlalu asing bagi kita. Biasanya, kita akan cuba mengelak dengan mengatakan kita tidak mampu melaksanakan sesuatu kerja tersebut. Justeru itu, di sini saya berikan beberapa tips dan petua untuk kita meningkatkan keyakinan diri.


1. Anggaplah diri anda diciptakan Allah sama seperti orang lain. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?


2. Apa-apa kekurangan / kelemahan yang ada pada diri anda, anda baikinya.

3. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.

4. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.

5. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Riadah ini sebagai 'warm up' dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

6. Kemaskan diri dan anggaplah diri adalah yang terbaik pada hari itu.

7. Apabila berinteraksi, pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang  berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

8. Apabila memulakan sesuatu tugas, jangan memikirkan masalah. Tetapi fikirkan hasil yang akan diperoleh selepas tugas tersebut dilaksanakan.

9. Sentiasa peka akan waktu. Jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.

10. Berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan setiap urusan seharian kita.

Insya-Allah anda akan dapat menilai betapa berharganya diri anda. Sesungguhnya anda ialah insan yang mulia dan cemerlang. Insan yang mulia dan cemerlang mempunyai potensi dan setiap potensi harus diusahakan untuk mendapatkan hasilnya!


Source : http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1573-10-langkah-mewujudkan-keyakinan-diri.html